CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 8, 2013

Email Istimewa Buat Diriku...

Bahagia Diri ini kerana sentiasa diingati & dinasihati.....Terima Kasih Allah

Apakah anda benar-benar faham apa itu ‘Zaujah Solehah’
atau Isteri Yang Solehah?
Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan,
samada melalui pembacaan, perbincangan dan
perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah
Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.
.
Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah
sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa
mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya
itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan
(mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan
salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu
rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya
terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah
di rumah mereka.
.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua
itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita
 ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan
salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang
pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita
berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut,
tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir
Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah
tangga kepada orang luar.
.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah
sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan
tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi
pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak
mengenali.
.
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam
keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan
minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah
mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan
peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah
negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang,
sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan
tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan
isteri Nabi Ismail).
.
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa
dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di
rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan
perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan
baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan
dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang
pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang
dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Moga2 kita juga termasuk dikalangan isteri 2 yg solehah...

Doakan Diri Ini Allah pilih untuk jadi Solehah....semua wanita seluruh alam jadi solehah.

0 comments:

Post a Comment