CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 9, 2013

Peringatan Buat Diri Sendiri

Berjuang!! Berjuang!!

Hei!! Kalau nak berjuang agama biar betul2 berjuang la. Ape ni?? Nak berjuang agama tapi anak2 hantar belajar agama ikut sistem yahudi. Buat pinjaman lah, bergaul bebas lah dan macam2. Kalau betul2 nak berjuang biar berjuang betul2 mcm sahabat berjuang.

Jangan hantar anak2 belajar university, jangan hantar anak belajar sekolah. Sape yang mulakan sistem pengajian university? Sape yang mulakan sistem pengajian sekolah?? Hei pejuang agama!! Korang sedar tak dengan hantar anak korang belaja sekolah dan university sistem yahudi ni mengajar anak korang untuk pandai bergaul dengan lelaki perempuan bukan mahram?

Maaf, status ni aku tulis dengan agak beremosi kerana menyampah dengan seseorang yang melaungkan perjuangan agama dan menentang kezaliman. Siap nasihatkan aku lagi supaya hantar anak belajar ikut pengajian bersijil. Kalau tak nanti kesian kat anak2 bila dah besar tanpa ada apa2 sijil yang sah.

Aku hanya mampu tersenyum dengan penuh rasa menyampah!! Aku terpaksa berdiam diri kerana menghormati kedudukannya. Ape jenis perjuangan la yang sedang diperjuangkan kalau yaqin masih lagi dengan sijil dan kedudukan duniawi??

Ah sudahla!! Aku tetap dengan keputusanku yang aku yaqin tidak berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul. Anak2ku akan ku alirkan mengikut pengajian hafiz, alim yang xbersijil. Aku benar2 yaqin rezeki mereka sudah pun ditetapkan oleh Allah. Yang penting mereka jadi hamba Allah yang soleh solehah dan menjadi pejuang agama yang sebenar benar berjuang bukan setakat laungan kata2 dan laungan takbir.

Berjuanglah dengan mengikut langkah perjuangan Rasulullah dan sahabat. Mereka berjuang tanpa mengharapkan apa2 pulangan dunia dari perjuangan mereka. Mereka hanya menginginkan akhirat. Harta mereka sendiri dihabiskan untuk agama dan diri mereka dikorbankan untuk agama.

Inilah perjuangan yang sebenar!!

Inilah perjuangan yang sebenar!!

Inilah perjuangan yang sebenar!!

Ya Allah..terimalah aku untuk perjuangan agamamu dan matikanlah dalam memperjuangkan agama hingga ke hujung hujung dunia...

0 comments:

Post a Comment